- Frasa ialah sekumpulan perkataan. Pendeta Za'ba menyebutnya sebagai rangkai kata. Tetapi , satu perkataan pun boleh menjadi frasa.
burung
tiga ekor burung
tiga ekor anak burung helang
ketua
ketua kampung
seorang ketua kampungtiga orang ketua kampung seberang
- Klausa ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil . Oleh itu klausa mempunyai subjek dan predikat.
Contoh:
Ayah pergi ke laut menangkap ikan dan emak bekerja di kilang elektronik.
Ayat 1 : Ayah pergi ke laut menangkap ikan.
Ayat 2 : Emak bekerja di kilang elektronik
Kata hubung : Dan
KLAUSA :
Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat seperti
contoh yang berikut :
1. dia / tidak datang
2. pakaiannya / basah
3. mereka / berehat
Contoh di atas dapat menyatakan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri daripada subjek
1. dia / tidak datang
2. pakaiannya / basah
3. mereka / berehat
Contoh di atas dapat menyatakan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri daripada subjek
dan predikat.
- Subjek bagi klausa di atas ialah dia, pakaiannya dan mereka.
- Predikatnya pula ialah datang, basah dan berehat. Jika klausa tersebut diujarkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa tersebut boleh bersifat sebagai ayat lengkap seperti contoh yang berikut :
2. Pakaiannya basah.
3. Mereka berehat.
Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
- Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap.
- Manakala klausa yang tak bebas tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.
1. Dia tidak datang jika tidak mendapat keizinan.
2. Pakaiannya basah kerana hujan lebat.
3. Mereka berehat apabila tiba masanya.
- Klausa yang didahului dengan kata hubung jika, kerana dan apabila itu pula dinamakan klausa tak bebas kerana maknanya tidak lengkap jika tidak disertai oleh klausa utama.
- Dengan kata lain, klausa tak bebas ialah klausa yang dipancangkan kepada klausa utama dalam satu binaan ayat yang sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan