Isnin, 11 September 2017

BAB 10 : JENIS AYAT DAN RAGAM AYAT

JENIS AYAT :
  • Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:-ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
1. Ayat Penyata

1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menerangkan  sesuatu hal.

2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.contoh:

a) Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. 

b) Nani tidak pergi ke sekolah pada hari ini.

c) Dia suka menonton rancangan televisyen.

d) Ayah sedang berehat di ruang tamu.

e) Kami sekeluarga akan melancong ke Sabah.


2. Ayat Tanya 

  •  Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
  •  Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
  •  Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
  •  Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
  • Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
 Ayat contoh:  

a) Kamu  masih belum makan?

b) Pertandingan berpuisi itu diadakan pada minggu hadapan?

c) Aron Aziz pelakon yang popular?

d) Bas itu sudah bertolak?


 (ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya  :

1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya.Contoh kata tanya.apa, siapa, bila, mana, bagaimana , mengapa


2. Ayat contoh:

a) Barang itu apa?

b) Pemain piano itu siapa?

c) Hari jadi kamu bila?

d) Pejabat pos di mana?

e) Keadaan nenek kamu bagaimana?


3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat


.4. Ayat contoh: 

a) Apakah barang itu?

b) Siapakah pemain piano itu?

c) Bilakah hari jadi kamu?

d) Di manakah pejabat pos?

e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?


3. Ayat Perintah1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu: 
a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan 

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat PerintahAyat Perintah SuruhanAyat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
 contoh : 1. Minumlah kopi ini dahulu. 2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

 Ayat Larangan Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah. 
contoh : 1. Jangan petik buah itu. 2. Usah bermain di sungai.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal aku .

Ayat Silaan

Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya
.


Ayat Permintaan

 Memohon permintaan dan pertolongan.

Menggunakan kata permintaan seperti Memohon permintaan dan pertolongan.

Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.

  • Minta anda semua bersabar.
  •  Tolong ambilkan saya secawan air.
  • Tolong uruskan perkara ini dengan segara.
  • Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
  •  Minta anda semua bersabar. 


4. Ayat Seruan

1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.

2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.

3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini



Ragam Ayat :

  •  Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;

                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
  • Keterangan dan contoh ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:
     (a) Ayat penyata
1. Menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
3. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
      
     (b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya :
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada 4 kategori :
  •  Ayat Suruhan. 
  • Ayat Permintaan
  • Ayat Larangan
  • Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan:
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan:
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan:
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bunga itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan:
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)

(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud yang sama.
2. Ayat Aktif pula ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 8 : DEFINISI AYAT

Definisi Ayat          Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu. Setiap...