1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Contoh ayat tunggal.
a. Ali tampan.
CONTOH: ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat.
2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk.
Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;
gabungan
pancangan.
campuran.
- Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat atau lebih .
- Kemudian digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan.
- Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.
a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan.
Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan.
Contohnya seperti berikut;
i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil buku ituayat kedua, dia masuk ke bilik tidur.
b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.
Contoh
i. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.
Ayat majmuk pancangan.
Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat yang kecil tidak.
Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;
- Ayat majmuk Pancangan relatif
- Ayat majmuk pancangan komplemen
- Ayat majmuk pancangan ketara
Ayat Majmuk Pancangan relatif. ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang menggunakan kata hubung untuk memencangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.
Contohnya seperti berikut :Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
Klausa induk: Saya membaca buku
Klausa kecil: Buku ditulis oleh Othman Puteh.
Saya membaca buku + buku ditulis oleh Othman Puteh.
Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
Susunan ayat merujuk proses perubahan struktur binaan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat.
- Dari segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang.
- Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek didahului frasa predikat.
1. Ali + guru sementara di sekolah itu.
2. Adik bongsuku + sedang tidur di serambi rumah.
3. Pegawai kanan pejabat itu + amat rajin dan cekap pula.
- Contoh dari segi susunannya, ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya susunan frasa subjek mendahului frasa predikat itu diubah sehingga predikat pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang bersusunan songsang,
- Guru sementara di sekolah itu + Ali.
- Sedang tidur di serambi rumah + adik bongsuku.
- Amat rajin dan cekap pula + pegawai kanan pejabat itu.
- Di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan + rumah kediamannya.
Susunan Biasa (Subjek diikuti Predikat)
1. Kamu ke sana bila?
2. Budak itu menangis.
3. Hadiah itu untuk ibu saya.
4. Dia tertidur pada masa itu.
5. Bapa saya sedang memancing.
6. Anaknya sudah pulang ke rumah.
7. Buku itu belum dibaca oleh Rafik.
8. Gadis kampung seberang itu anak siapa?
9. Dia ke rumah Puan Salmah petang semalam.
10. Bunga pemberian gadis itu memang wangi.
Susunan Songsang (Predikat diikuti Subjek)
1. Bila kamu ke sana?
2. Menangis budak itu.
3. Untuk ibu saya hadiah itu.
4. Tertidur dia pada masa itu.
5. Sedang memancing bapa saya.
6. Sudah pulang anaknya ke rumah.
7. Belum dibaca oleh Rafik buku itu.
8. Anak siapakah gadis kampung seberang itu?
9. Ke rumah Puan Salmah dia petang semalam.
10. Memang wangi bunga pemberian gadis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan