"Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem dengan asas yang padu dan kukuh ini . Bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh".
Peranan Jawatankuasa tetap Bahasa Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditugaskan mengikut pedoman ejaan Rumi Negara ini.
- Terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan , lima abjad terdiri daripada vokal A,E,I,O dan U .
- Selain itu , terdapat juga 1 variasi bagi fonem {e} iaitu e talin dan e pepet.
- Seterusnya ,terdapat 3 diftong ,iaitu { ai }, {au} dan {oi}.
- Fonem-fonem tersebut terkandung dalam perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.
- Fonem-fonem diftong boleh di bahagian awal ,tengah,ataupun akhir perkataan .
1.Abjad -26 abjad
2.Vokal -6 {a/e pepet /e taling/i/o/u}
3.Digraf -5 [ kh,gh,ng,ny,sy]
HURF KONSONAN
- terdapat 25 fonem yang dilambangkan oleh 26 huruf .
- B,C,D,F,G,GH,H,J,K,KH,1,M,N,NG,NY,P,Q,R,S,SY,T,V,W,Y,Z,X.
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard.Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a,e,i,o,u .
-A : api , tadi , kata
-E : emak , petang ,enak, becak
-I : ikan , simbah ,pagi
-O: oleh , kota ,pidato
-U :usah , cuba , paku
HURUF DIFTONG
- AI - aising ,pandai
- AU - auditorium , saudara ,harimau
- OI - amboi , kaloi
- -V ,VK, KV, KVK ,KKV , KKVK ,VKK , KVKK ,KKVKK , KKKC , KKKVK.
BAHASA MELAYU :
-Sebutan bahasa baku kini semakin dilupakan oleh segenap penutup bahasa Melayu .
-Sebutan bahasa baku kini semakin dilupakan oleh segenap penutup bahasa Melayu .
-Selain itu, penggunaan bahasa baku menjadi satu kewajiban dalam situasi formal atau rasmi seperti berita televisyen atau sistem persekolahan .
-Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi .
-Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran ,ucapan , pidato ,ceramah,mesyuarat,wawancara,siaran melalui media elektronik dan sebagainya yang disampaikan dalam situasi rasmi .
-Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya .
- Pembakuan sebutan bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam situasi formal .
- Meningkatkan kecekapan dalam berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM .
- Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa ,kosa kata ,sistem ejaan dan laras bahasa.
KATA GANTI DIRI PERTAMA :
- AKU - Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan .
- SAYA- digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi .
- HAMBA- digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu .
- PATIK- digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan .
- BETA- digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat .
- KAMI -digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua .
- KITA-digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua .
- ANDA -digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
- AWAK-digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungan nya dengan kita.
- ENGKAU - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan tuhan juga .
- TUANKU-digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja .
- KALIAN -digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
- KAMU-digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita .
- BAGINDA -digunakan untuk raja ,sultan ,atau nabi .
- BELIAU -digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati ,misalnya ibu bapa ,guru ,dan pemimpin .
- DIA dan IA -digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan .
- MEREKA-digunakan untuk oang yang bilangannya lebih daripada seorang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan