- Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah Bahasa Melayu.
- Bahasa Melayu amat penting dalam sistem pendidikan negara kerana ia bukan sahaja menjadi penghubung komunikasi antara pelajar tetapi juga ia bertindak sebagai bahasa ilmu terutamanya bagi pelajar sekolah.
- Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan mahupun sebagai bahasa perantaraan komunikasi.
- Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu namun dalam Perlembagaan juga turut menyatakan bahawa mana-mana negeri atau individu ditengah sama sekali untuk menyekat penggunaan bahasa selain daripada bahasa Melayu
- Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun bahasa ibunda kaum lain masih tetap boleh digunakan tanpa sebarang sekatan di atas prinsip kebebasan hak asasi.
-Bahasa Kebangsaan dalam hal ini menjadi wacana penghubung kepada toleransi masyarakat di Malaysia.
-Walaupun bahasa Inggeris dipelajari namun bahasa Melayu tetap juga perlu dipelajari kerana mempunyai banyak kepentingan.
-Kebanyakan sumber maklumat mengenai sains dan teknologi datangnya daripada bahasa barat seperti bahasa Inggeris , bahasa Jerman , bahasa Rusia dan pelbagai lagi bahsa barat.
-Sebagaimana kata Tan Sri Abdul Rahman Arshad,kita tidak boleh sesekali menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengetahuan kerana sebagaimana kajian,seseorang iyu lebih mudah untuk menerima ilmu dalam bahasa ibundanya .
ISTILAH BARU DAN AYAT SINGKATAN
- Cabaran menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang seterusnya ialah munculnya perkataan baru yang digunakan secara besar-besaran .seperti menyebut "LAH" atau menyebut "JUGA" sebagai "GAK".
- Penggunaan bahasa rojak semasa berinteraksi dalam alam realiti mahupun maya.Sebagai contoh ,penggunaan lebih daripada satu bahsa di dalam satu ayat .
- Loghat yang berbeza-beza juga boleh dikira sebagai cabaran yang dapat mengurangkan kesempurnaan apabila berinteraksi dalam Bahasa Malaysia.
- Bahasa singkat dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa sembang di internet boleh memberi impak yang negatif terhadap pendidikan remaja dan juga terjebak dengan trend berikut.
-Digunakan dalam pentadbiran sesebuah Negara.
-Selain urusan kerajaan ,digunakan juga dalam sebaran AM dan MEDIAMASSA.
-Bahasa Rasmi tidak semestinya diambil dari Bahasa Kebangsaan.
-Pada zaman jajahan British ,Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi sebelum diambil alih Bahasa Melayu pada tahun 1967.
KESAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN .
- Mencapai masyarakat bersatu padu
- Memupuk semangat perpaduan
- Menjadi bahasa ilmu
- Bahasa melayu lebih dihormati dan dipelajari oleh pelbagai bangsa.
- Selain itu,Bahasa Melayu kemudiannya berpecah - Bahasa melayu -Bahasa Indonesia
- penguasaan Eropah
- Membantu perkembangan Agama Islam
- Mencorak cara hidup masyarakat di nusantara.
- Sikap generasi hari ini terhadap bahasa melayu terutama sekali dalam kalangan generasi muda tidak kelihatan begitu baik .
- Sesetengah mempunyai pemikiran sebagaimana penggunaan bahasa melayu pada zaman kini kuno dan tidak mengikuti peralihan zaman yang serba moden sekarang.
- kajian mendapati bahawa terdapat generasi muda kaum Cina dan INDIA yang tidak tahu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
- ia hampir sama dimana peliknya jika kaum CINA atau INDIA tidak reti berbahasa dalam bahasa CINA atau TAMIL.
Semua pihak dalam negara perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk mengukuhkan Bahasa Kebangaan kita.
Kesedaran tentang kepentingan untuk memartabatkan Bahasa Melayu harus dididik semula dalam diri masyarakat terutamanya generasi muda hari ini.
"Generation Y" atau "MILLENIAL GENERATION " mungkin terlalu muda untuk memahami kepentingn bahasa kebangsaan MALAYSIA.
Renung-renungkan apa yang kita harus lakukan demi kebaikan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan