Sabtu, 19 Ogos 2017

BAB 3 : SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAHASA BAKU

     
"Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem dengan asas yang padu dan kukuh ini . Bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh".

   Peranan Jawatankuasa tetap Bahasa Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditugaskan mengikut pedoman ejaan Rumi Negara ini.

  • Terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan , lima abjad terdiri daripada vokal A,E,I,O dan U .
  • Selain itu , terdapat juga 1 variasi bagi fonem {e} iaitu e talin dan e pepet.
  • Seterusnya ,terdapat 3 diftong ,iaitu { ai }, {au} dan {oi}.
  • Fonem-fonem tersebut terkandung dalam perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.
  • Fonem-fonem diftong boleh di bahagian awal ,tengah,ataupun akhir perkataan .
  BUNYI DAN HURUF 
    1.Abjad -26 abjad
    2.Vokal -6 {a/e pepet /e taling/i/o/u}
    3.Digraf -5 [ kh,gh,ng,ny,sy]
  
HURF KONSONAN 

  • terdapat 25 fonem yang dilambangkan oleh 26 huruf .
  • B,C,D,F,G,GH,H,J,K,KH,1,M,N,NG,NY,P,Q,R,S,SY,T,V,W,Y,Z,X.
HURUF VOKAL 
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard.Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a,e,i,o,u .
-A : api , tadi , kata 
-E : emak , petang ,enak, becak 
-I : ikan , simbah ,pagi 
-O: oleh , kota ,pidato 
-U :usah , cuba , paku 

HURUF DIFTONG 

  • AI - aising ,pandai 
  • AU - auditorium , saudara ,harimau 
  • OI - amboi , kaloi 
 STRUKTUR SUKU KATA :
  • -V ,VK, KV, KVK ,KKV , KKVK ,VKK , KVKK ,KKVKK , KKKC , KKKVK.
SEBUTAN BAKU 

BAHASA MELAYU :
-Sebutan bahasa baku kini semakin dilupakan oleh segenap penutup bahasa Melayu .

-Selain itu, penggunaan bahasa baku menjadi satu kewajiban dalam situasi formal atau rasmi seperti berita televisyen atau sistem persekolahan .
-Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi .
-Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran ,ucapan , pidato ,ceramah,mesyuarat,wawancara,siaran melalui media elektronik dan sebagainya yang disampaikan dalam situasi rasmi .
-Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya .
  • Pembakuan sebutan bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam situasi formal .
  • Meningkatkan kecekapan dalam berbahasa Melayu baku dalam kalangan  semua pengguna BM .
  • Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa ,kosa kata ,sistem ejaan dan laras bahasa. 
 KATA GANTI DIRI PERTAMA :

  • AKU - Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan .
  • SAYA- digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi .
  • HAMBA- digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu .
  • PATIK- digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan .
  • BETA- digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat .
JAMAK :  

  •  KAMI -digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua .
  • KITA-digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua .
KATA GANTI DIRI KEDUA :

  • ANDA -digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • AWAK-digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungan nya dengan kita.
  • ENGKAU - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan tuhan juga .
  • TUANKU-digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja .
  • KALIAN -digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • KAMU-digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita .
KATA GANTI DIRI KETIGA :

  • BAGINDA -digunakan untuk raja ,sultan ,atau nabi .
  • BELIAU -digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati ,misalnya ibu bapa ,guru ,dan pemimpin .
  • DIA dan IA -digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan . 
JAMAK :

  • MEREKA-digunakan untuk oang yang bilangannya lebih daripada seorang .



Jumaat, 11 Ogos 2017

BAB 2: KENAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN


  • Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah Bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu amat penting dalam sistem pendidikan negara kerana ia bukan sahaja menjadi penghubung komunikasi antara pelajar tetapi juga ia bertindak sebagai bahasa ilmu terutamanya bagi pelajar sekolah.
  • Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan mahupun sebagai bahasa perantaraan komunikasi.
  • Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu namun dalam Perlembagaan juga turut menyatakan bahawa mana-mana negeri atau individu ditengah sama sekali untuk menyekat penggunaan bahasa selain daripada bahasa Melayu
  • Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun bahasa ibunda kaum lain masih tetap boleh digunakan tanpa sebarang sekatan di atas prinsip kebebasan hak asasi.   
     Contoh:
          -Bahasa Kebangsaan dalam hal ini menjadi wacana penghubung kepada toleransi masyarakat di Malaysia.
          -Walaupun bahasa Inggeris dipelajari namun bahasa Melayu tetap juga perlu dipelajari kerana mempunyai banyak kepentingan. 
          -Kebanyakan sumber maklumat mengenai sains dan teknologi datangnya daripada bahasa barat seperti bahasa Inggeris , bahasa Jerman , bahasa Rusia dan pelbagai lagi bahsa barat.
         -Sebagaimana kata Tan Sri Abdul Rahman Arshad,kita tidak boleh sesekali menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengetahuan kerana sebagaimana kajian,seseorang iyu lebih mudah untuk menerima ilmu dalam bahasa ibundanya . 

    ISTILAH BARU DAN AYAT SINGKATAN 

  • Cabaran menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang seterusnya ialah munculnya perkataan baru yang digunakan secara besar-besaran .seperti menyebut "LAH" atau menyebut "JUGA" sebagai "GAK".
  • Penggunaan bahasa rojak semasa berinteraksi dalam alam realiti mahupun maya.Sebagai contoh ,penggunaan lebih daripada satu bahsa di dalam satu ayat .
  • Loghat yang berbeza-beza juga boleh dikira sebagai cabaran yang dapat mengurangkan kesempurnaan apabila berinteraksi dalam Bahasa Malaysia.
  • Bahasa singkat dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan bahasa sembang di internet boleh memberi impak yang negatif terhadap pendidikan remaja dan juga terjebak dengan trend berikut. 
BAHASA RASMI 
-Digunakan dalam pentadbiran sesebuah Negara.
-Selain urusan kerajaan ,digunakan juga dalam sebaran AM dan MEDIAMASSA.
-Bahasa Rasmi tidak semestinya diambil dari Bahasa  Kebangsaan.
-Pada zaman jajahan British ,Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi sebelum diambil alih Bahasa Melayu pada tahun 1967.

KESAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN .

  1. Mencapai masyarakat bersatu padu 
  2. Memupuk semangat perpaduan 
  3. Menjadi bahasa ilmu
  4. Bahasa melayu lebih dihormati dan dipelajari oleh pelbagai bangsa.
  • Selain itu,Bahasa Melayu  kemudiannya berpecah - Bahasa melayu -Bahasa Indonesia
  • penguasaan Eropah
  • Membantu perkembangan Agama Islam 
  • Mencorak cara hidup masyarakat di nusantara.
PENGUASAAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN GENERASI HARI INI.

  • Sikap generasi hari ini terhadap bahasa melayu terutama sekali dalam kalangan generasi muda tidak kelihatan begitu baik .
  • Sesetengah mempunyai pemikiran sebagaimana penggunaan bahasa melayu pada zaman kini kuno dan tidak mengikuti peralihan zaman yang serba moden sekarang.
  • kajian mendapati bahawa terdapat generasi muda kaum Cina dan INDIA yang tidak tahu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
  • ia hampir sama dimana peliknya jika kaum CINA atau INDIA tidak reti berbahasa dalam bahasa CINA atau TAMIL.
    KESIMPULAN KESELURUHANNYA : 
         Semua pihak dalam negara perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk mengukuhkan Bahasa Kebangaan kita.
         Kesedaran tentang kepentingan untuk memartabatkan Bahasa Melayu harus dididik semula dalam diri masyarakat terutamanya generasi muda hari ini.
         "Generation Y" atau "MILLENIAL GENERATION " mungkin terlalu muda untuk memahami kepentingn bahasa kebangsaan MALAYSIA.
          Renung-renungkan apa yang kita harus lakukan demi kebaikan semua. 
         






BAB 8 : DEFINISI AYAT

Definisi Ayat          Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu. Setiap...