Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al., 1993;317). Bagi Abdullah Hassan (1980;164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
Contohnya :
Budak itu baru pulang dari sekolah.
- Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat.
- Ayat tersebut mengandungi satu klausa yang terdiri daripada subjek iaitu budak itu, dan predikatnya baru pulang dari sekolah.
- Dalam klausa tersebut pula mengandungi satuan yang disebut frasa, iaitu frasa budak itu, baru pulang dari sekolah.Dengan kata lain,ayat tersebut terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa.
- Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis sebagai kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa, dan ayat.
- Dalam pembahasan sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan ayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan