Sabtu, 9 September 2017

BAB 6 : PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU

  1. PEMBENTUKAN KATA NAMA :
  • Kata Nama Tunggal  , Kata Nama Terbitan , Kata Nama Majmuk , Kata Nama Ganda
  1. KATA NAMA TUNGGAL : ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan, pergandaan, dan pemajmukan. 
  2. Contohnya : dunia ,zoo ,wanita , Kampung , Keris  ,garam , tudung, keldai ,negeri , pagar ,Demokrasi , lengkuas dan malaikat .

  3.  JENIS KATA TUNGGAL : Kata Tunggal Satu Suku  Kata - Kata Tunggal Dua Suku Kata - Kata Tunggal Tiga Suku Kata - Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Kata Akronim.

  4.  BENTUK KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA :
  5. 1. KV={yu,ru,ya} 
  6. 2. VK={am} 
  7. 3. KVK={cat,wang,bah} 
  8. 4. KKVK={stor,gred,skor} 
  9. 5. KVKK={teks,bank,zink}
  10. 6. KKKV={skru} 
  11. 7. KKKVK={skrip,spring,straw

  12. BENTUK KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA :
  13. 1. V + KV = { aku,apa, ubi} 
  14. 2. V +VK= {air,aur,ais} 
  15. 3. V + KVK= {adik,emas,ubat} 
  16. 4. VK+ KV= {undi,impi ,angkan} 
  17. 5. VK + KVK={ambil,umpan,angkat} 
  18. 6. KV + V= {Dua,doa,tua} 
  19. 7. KV + VK= {jauh,tuah,buah} 
  20. 8. KV +KV= {jala,pasu,buku} 
  21. 9. KV +KVK= {kapal,telur,sikat} 
  22. 10. KVK + KV= {lampu,binti,tunggu} 
  23. 11. KVK +KVK= {bangsal,bintang,tampung}

  24.  BENTUK KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA :
  25. 1. KV+ V+KV= {cuaca,suara,tuala} 
  26. 2. KV+V+KVK= {biawak,piutang,ziarah} 
  27. 3. V+KV+V= {usia,idea,urea}
  28. 4. KV+KV+V={semua,mulia,kaedah} 
  29. 5. KVK+KV+V={{tempua,mentua,sempua} 
  30. 6. KV+KV+VK={keruan,seluar,haluan} 
  31. 7. KVK+KV+VK={mengkuang,mendiang, berlian} 
  32. 8. V+KV+KV={udara,utama,irama} 
  33. 9. V+KV+KVK={ijazah,amanah,akidah} 
  34. 10. VK+KV+KV={asmara,antara,isteri} 
  35. 11. KV+KV+KV={keliru,budaya,sutera} 
  36. 12. KVK+KV+KV={menteri,bendera,mentega 
  37. 13. VK+KV+VK={ilmiah,ikhtiar} 
  38. 14. V+KV+VK={akaun,elaun,amaun} 
  39. 15. KV+KV+KVK={belalang,senapang, senangin} 
  40. 16. KVK+KV+KVK={tempurung,matlamat,cendawan} 
  41. 17. KV+KVK+KV={belanja,kerengga,keranda 
  42. 18. KVK+KVK+KV={sempurna} 
  43. 19. KV+KVK+KVK={kelongsong,belimbing}

  44.  BENTUK KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH : 
  45. 1. KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda} 
  46. 2. KV+KVK+KV+KV={sederhana,sayembara} 
  47. 3. KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara} 
  48. 4. KVK+KV+V=KV={sentiasa} 
  49. 5. KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala} 
  50. 6. KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang} 
  51. 7. KVK+KV+KV+KVK={sentimeter} 
  52. 8. KVK+KVK+KV+KV={singgahsana, 
  53. 9. KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional} 
  54. 10. V+KV+KVK+KV+KV={universiti} 
  55. 11. KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih} 
  56. 12. KV+KV+KV+KV+KV+KV={maharajalela}

  57. BENTUK KATA AKRONIM :– Tergolong dalam kata tunggal – Akronim boleh ditulis dalam 3 cara.Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)

  •  Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata – Contoh: ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia ,IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia , ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata – Contoh: Mara-Majlis Amanah Rakyat , Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia , Bernama-Berita Nasional Malaysia.
  •  Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya) – Contoh: tabika- taman bimbingan Kanak-kanak , kugiran-Kumpulan gitar rancak , cerpen-cerita pendek
  1.  KATA NAMA TERBITAN : 
  2. -Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. 
  3. -Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) di pertengahan kata (sisipan)
  4. -contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- di akhir kata di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan di awal dan di akhir kata per- … -an, penge-…-an, peng-….- an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….- an, dan ke-…-an
  5. Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

  6. KATA TERBITAN BERSISIPAN :
  7. Wujud dalam Kata Nama, Kata Adjektif dan Kata Kerja 
  8. – Contoh: 
  9.   i. Sisipan kata nama -el- (kelengkeng,telunjuk,kelabut) -er- (keruping,seruling,serabut)
  10.  ii. Sisipan kata adjektif -el- (kelebek,selerak,gelembung) -er- (gerodak) -em- (gemilang,semerbak,gemerlap) -in- (sinambung)
  11.  iii. Sisipan kata kerja -el- (jelajah,gelegak)

  12.  KATA MAJMUK   Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih • Perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.
  13.  Contoh: kerusi malas terima kasih biru laut telefon dail terus

  14. - Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. • Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
  15.  Contoh: Antara rumah batu, tidak dapat disisipkan perkataan yang (*rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu).

  16. - Bentuk Kata Majmuk Kata majmuk istilah khusus Kata majmuk rangkai kata bebas Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 8 : DEFINISI AYAT

Definisi Ayat          Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu. Setiap...