- Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
- sejak tahun 2500 sebelum Masihi,iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto;kemudian kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi,datang pula gelumbang yang kedua,golongan yang disebut Melayu Deutro.Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara,dan memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
- Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia,manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga Austris.
- Selain daripada rumpun bahasa Austronesia,terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.
- Ahli bahasa juga telah membahagikan perkembangan bahasa melayu kepada 3 tahap iaitu:-
- Bahasa Melayu Kuno,
- Bahasa Melayu Klasik,
- Bahasa Melayu Moden.
- 1.Bahasa Melayu Kuno :
- mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.-tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- <ciri-ciri bahasa MELAYU KUNO.> :
- 1.Penuh dengan kata-kata pinjaman sanskrit .
- 2.susunan ayat bersifat Melayu
- 3.bunyi b ialah w dalam Melayu kuno(contoh;BULAN - WULAN )
- 4.bunyi e pepet tidak wujud (contoh dengan - dgan atau dangan).
- 5.awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh; berlepas-marlapas)
- 6.awalan di-ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (contoh:diperbuat - niparvuat)
- 7.ada bumyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh , th ,ph,dh, kh,h (contoh: sukhatshitta)
- 8.huruf h hilang dalam bahasa moden (contoh: semua-samuha,saya : sahaya )
PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK
- Dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
- selain itu ,bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,struktur ayat dan tulisan.
- Terdapat 3 batu bersurat yang penting :
-Ditulis dalam huruf INDIA.
-Prosa MELAYU KUNO dan beberapa baris sajak Sanskrit dan bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
2.BAHASA MELAYU KLASIK
- -Kegemilangan boleh dibahagikan kepada 3 zaman penting.
2-ZAMAN KERAJAAN ACHEH
3-ZAMAN KERAJAAN JOHOR-RIAU.
- Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah HAMZAH FONSURI ,SYAMSUDDIN AL-SUMATERANI , SYEIKH NURUDDIN AL-RANIRI DAN ABDUL RAUF AL-SINGKEL.
Ciri-ciri bahasa KLASIK :
1.Ayat:panjang,berulang ,berbelit-belit .
2.Banyak ayat pasif.
3.Menggunakan bahasa istana .
4.Kosa kata klasik : ratna mutu menikam ,edan kesmaran (mabuk asmara),sahaya ,masyghul(bersedih)
5.Banyak menggunakan kata pangkal ayat:sebermula,alkisah,hatta,adapun .
6.ayat songsang .
7.Banyak menggunakan partikel 'pun' dan 'lah'
3.BAHASA MELAYU MODEN
-Bermula pada abad ke-19 Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden.
-Sebelum Penjajahan British,bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,berfungsi sebagai bahasa perantaraan ,pentadbiran,kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
-Selepas Perang Dunia Kedua,British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
-Semasa MALAYSIA mencapai kemerdekaan,Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
-Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara .
Kesimpulannya ,termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,yang menyebut bahawa "Bahasa Kebangsaan ini adalah bahasa Melayu .Maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu ,satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu .